it’s better if I …
aku sepertimana insan lain teringin untuk mempunyai teman rapat (berlawanan jantina) yang boleh dijadikan tempat aku meluahkan segala apa yang terpendam di dalam diri ini. akan tetapi apabila difikirkan semula aku merasakan perkara tersebut cuma sia-sia dan tidak mendatangkan pahala dan faedah kepadaku malahan boleh membawa kepada kemurkaan ALLAH s.w.t. dan menghampiri kepada maksiat yang amat berat iaitu zina.
daripada aku duduk berkepit ke sana ke mari membazirkan wang dan masa tak tentu arah lebih baik aku duduk rumah tolong mak bapak aku tak pun luangkan masa bersama keluarga. lagi best. dapat jugak pahala. kalau boring sangat pun lagi best main PS2, habiskan semua game yang ada. lagi menguji!
aku percaya dan yakin bahawa ‘ setiap lelaki yang baik itu adalah untuk perempuan yang baik dan setiap perempuan yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik, serta setiap lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat dan setiap perempuan yang jahat itu adalah untuk lelaki yang jahat ‘.
oleh itu aku akan sentiasa berusaha untuk menjadi lelaki yang baik walaupun aku ni tak lah sebaik mana tetapi jiwa setiap insan itu boleh berubah kerana iman itu ada naik dan turunnya.
Uncategorized |2 Responses to “it’s better if I …”
Leave a Reply
ya betul!
betul sebetul betulnya!:)
Uhuk…terasa siot…tapi bang ngah kuar ngan tunang takper kan?…kan?