when we cross the friendship’s line unconciously

February 11th, 2007

assalamualaikum w.b.t
selamat sejahtera

macam mana nak mula ni?

ni adalah sebahagian kisah hidupku.
aku suka sangat berkawan dengan budak perempuan lebih daripada lelaki.
tapi aku hanya ingin berkawan dengan diorang.
NOT MORE THAN THAT!!!

but sometimes they misunderstanding it.
aku sayang semua kawan2 aku.
aku sayang diorang dengan menzahirkan melalui perbuatan dan tingkah laku aku.
aku ambil berat pasal diorang,
mengetahui perkembangan diorang.

aku tak pernah mintak diorang balas apa2
aku tak pernah mintak diorang jadi girlfriend atau awek aku?
aku cuma nak BERKAWAN dengan diorang.
you know KAWAN! FRIEND! SAHABAT!

tapi aku tau hati perempuan ni
sangat LEMBUT dan SENSITIF.
diorang mudah terasa dengan apa yang kita buat terhadap diorang.

it has been 2 times the girl misunderstood about that.
they angry to me.
i’m a little bit sad, dejected, depressed
i don’t want to make them feel uncomfortable
i don’t wannna lose any of my friends

dalam hidup aku…
takde perkataan awek, bercintan, berkasihan, etc.
it’s a waste of time.

aku selalu ingat pesan papa & mama aku…
“belajar betul2, jangan tinggal sembahyang, baca al-Qur’an selalu”

papa & mama aku TAK PESAN…
” aqib, cari calon menantu untuk papa & mama ok”
papa & mama TAK PESAN MACAM TU! FAHAM TAK?

TAK PESAN!
diulangi, TAK PESAN!

BUT maybe i not control my behaviour towards them.
I NOT BLAME THE GIRL.
i admit my mistake.

SORRY GIRLS if I EVER HURT YOU!
i never meant it.

is there any woman like that left…

January 23rd, 2007

masihkah ada lagi di dunia yang fana ini, wanita yang…

…ikhlas, cantik santunnya, manis budi bicaranya?

…sentiasa menjaga hubungannya dengan ALLAH dan keluarga?

…sanggup melepaskan kerjayanya dan menjadi ibu yang dapat mendidik anak-anak sepenuh masa?

…dapat menjaga hati suaminya?

…taat kepada suaminya?

…sentiasa berdamping dengan suaminya?

…sentiasa merasai cukup dengan apa yang diberikan oleh suaminya?

…sanggup menjaga hati ibu dan bapa mentuanya?

…dapat menjaga kehormatan dirinya sebagi isteri?

ada macam-macam lagi tapi kalau ada yang macam ni pun aku bersyukur

aku teringin sangat nak jumpa orang macam ni

lagi susah nak cari

lagi aku suka

because i love something rare,

but i know

to get a wife like that

i must be better than what i want.

terkadang aku …

January 23rd, 2007

dahulu,
terkadang aku terfikir apa yang akan berlaku?

kini,
terkadang aku berfikir betulkah aku dah besar?!
sudahkah aku cukup matang?!
sudahkah aku boleh berfikir dengan cukup bernas?!

terkadang aku terfikir,
betulkah aku dah berusia 20 tahun?!
macam tak percaya pulak.
pelik aku dengan diriku ini.

terkadang aku terfikir,
adakah aku layak untuk berkahwin?!
menjadi seorang suami yang bertanggungjawab?!
menjadi seorang bapa yang dapat mendidik anak-anak berganda-ganda lebih berjaya daripada aku?!

aku sering merasakan aku masih macam budak-budak.
suka main-main
belum cukup matang.
masih banyak yang perlu aku belajar.
belum bersedia untuk menggunakan kuasa yang ada dengan sepenuhnya.
i think i don’t have that qualification.
what came across my head are family, study, games and so on.

terkadang aku terfikir,
adakah aku bersikap adil dengan orang di sekelilingku,
agak susah bagi diriku untuk meluangkan masa dengan rakan-rakan,
aku senyap bukan bermakna aku tak nak berkawan dengan orang lain,
aku mengelakkan diri bukan bermakna aku sombong,
aku buat muka bukannya sebab aku tak suka.

i do that because
i need time to adapt with the environment,
i think it is the best for me,
to draw people attention

ok don’t miss judge me!

Banjir Besar di Johor

January 16th, 2007

Assalammualaikum.

Sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah,

Tulisan di bawah berkaitan banjir besar di Johor. Agak menarik. Apakah kita termasuk golongan yang berfikir Apakah dosa yang dibuat oleh rakyat Johor ataupun lebih kepada Apakah bentuk pertolongan yang boleh kita berikan?

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara…” Al-Hujurat:10

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” At-Taubah:71

Johor dilanda banjir sekali lagi. Aduhai… Sedihnya hati. Entah apa nasib teman saya. Baru saja pulang ke rumah asal mereka. Aduhai… Kalaulah bencana sebegini menimpa diri sendiri, entah bagaimana reaksi nanti. Entah bagaimana rudumnya iman. Wana’uzubillah. Saya tanyakan juga khabar di rumah. Alhamdulillah. .. Memang rumah kami dimasuki air tetapi hanya lebih kurang 10 baldi sahaja.

Sesetengah teman saya mengaitkan bencana ini dengan ‘dosa warga Johor’. Sudah sering sangat saya disindir (secara bergurau). Malah ada juga ahli jemaah masjid di tempat saya yang berkata sebegitu. “Banyak sangat maksiat kat Johor ni” katanya ketika bercerita tentang banjir yang melanda sebelum ini. “Tengok artis kita. Pakai seksi. Jual suara, jual bentuk tubuh tapi

lepas tu cakap, saya bersyukur atas rezeki yang Allah beri…”

Lelaki itu mencebik bibirnya. Saya hanya tersenyum. Persoalannya, banyak sangatkah maksiat di negeri Johor sehinggakan dilanda banjir sehebat ini? 3 kali tenggelam dalam masa kurang sebulan. Apakah negeri-negeri lain tidak pernah melakukan dosa? Bagaimana dengan Kelantan dan Terengganu yang saban tahun dilanda banjir? Apakah tahun lepas kadar maksiat di negeri mereka

sudah turun kerana itu mereka tidak ditimpa banjir pada tahun ini?

Sebenarnya, untuk kedua-dua kenyataan yang dikeluarkan oleh lelaki tadi, telah saya balas. Pertama, saya katakan bahawa maksiat ada di mana-mana. Masalahnya, sama ada ada atau tidak orang yang hendak mencegah, menentang dan menghapuskan maksiat. Dan kedua, saya katakan kepadanya bahawa para artis itu menganggap bahawa rezeki mereka Allah yang beri. Maka kerana itu

mereka mensyukurinya.

“Memanglah!” tempiknya. “Orang kafir pun Allah yang beri rezeki” sambungnya lagi. Saya hanya mendiamkan diri sambil tersenyum. Rupanya jawapan saya membuatkan dia naik angin. Sedangkan pada asalnya, saya bukanlah tidak bersetuju dengan jawapannya. Bahkan sebenarnya saya juga merasa loya dengan sifat sesetengah artis kita yang mencari makan dengan maksiat tetapi sibuk

berlagak baik dengan menyebut-nyebut kesyukuran mereka.

Tetapi itu hal dunia artis. Bukan itu yang ingin saya nukilkan di sini. Apa yang menarik perhatian saya ialah, sikap kita (terutama diri saya sendiri) yang terlalu kerap mengaitkan apa-apa bencana dengan dosa penduduk di sekitarannya. Atau dalam bahasa mudah, kita selalu anggap bencana itu sebagai kafarah untuk mereka. Masih ingat tragedi di Acheh tidak berapa lama dahulu?

Ketika orang lain sedang sibuk membantu mangsa, sesetengah dari kita sedang sibuk mengkaji dosa mereka. Oh… Mereka buat ini. Sebab itulah jadi begini. Oh… Mereka buat itu. Sebab itu jadi begitu. Agaknya, jika si mangsa mendengar, semakin hancur luluhlah hati mereka. Sudahlah kehilangan harta benda dan segala, dituduh pula sebagai pembuat dosa. Beginikah cara saudara mereka membantu mereka…

Jika dilihat pada bangsa-bangsa yang terdahulu, kita dapat melihat betapa Allah pernah menghancurkan mereka dengan pelbagai cara. Dengan diterbalikan bumi, dengan dihempap dengan batu, dengan banjir besar dan berbagai cara yang lain. Kaum Luth dan kaum Nuh adalah cerita yang paling popular. Maka seiring itu, bencana hari ini juga dibayangkan dengan kejadian masa silam tersebut.

Tetapi seperkara yang selalu melintas di fikiran saya. Mengapakah kaum-kaum itu dimusnahkan? Kerana dosa merekakah? Tidak. Bukan kerana dosa mereka semata-mata. Tetapi kerana keengganan mereka untuk menerima teguran dan peringatan yang diturunkan oleh Tuhan kepada mereka melalui para anbiyaNya. Mereka dihukum akibat sifat degil mereka menolak utusan Allah.

Maka hari ini, jika kita mahu mengaitkan sesuatu bencana itu dengan maksiat yang dilakukan oleh penduduknya, mari kita tanyakan kepada diri kita semula. Apakah kita telah memberikan peringatan kepada mereka? Apakah sudah cukup peringatan yang kita berikan itu? Jika kita masih belum memberikan mereka peringatan, ataupun masih belum mencukupi, maka bolehkah kita mengaitkan bencana itu dengan dosa mereka?

Bermakna, bencana yang melanda ini bukan kafarah buat mereka sahaja. Tetapi juga termasuk kita. Kita yang mengabaikan sifat tabligh Nabi Muhammad saw. Yang bermaksud menyampaikan. Kita tidak sibuk menyampaikan agama dan peringatan Allah kepada mereka sebaliknya kita lebih sibuk dengan urusan memperbincangan perkara remeh dan furu’. Lebih suka berdebat atas sebab yang kecil dari bersatu untuk usaha yang lebih besar.

Jadi adalah tidak adil untuk kita menyalahkan mereka semata-mata. Seharusnya, jika mahu menuduh penduduk sesuatu tempat itu berdosa sehingga ditimpa bencana, silalah salahkan diri sendiri dahulu yang gagal menjalankan peranan sebagai muslim untuk menentang kebathilan dan menegakkan kebenaran. Salahkan diri sendiri dahulu kerana tidak mengikut sunnah Nabi saw yang menyampaikan keagungan Tuhan.

Part 1

January 6th, 2007

Nobody knows who I really am,
I’ve never felt this empty before.
And if I ever need someone to come along,
Who’s gonna comfort me and keep me strong?

my love is on for…

November 16th, 2006

besides Allah and His prophet, Muhammad s.a.w, my love is for my beloved family- my parents, and siblings. when they happy i’m happy, when they sad i’m also sad. i can’t see them sad.if someone hurts them i felt the same way. if they cry, i also cry. if they laugh, i also laugh. i want all of them happy. my family happiness boost my morale and mood. i want to be with them forever- on earth and in the heaven. insya ALLAH.
they are my precious…

it’s better if I …

November 5th, 2006

aku sepertimana insan lain teringin untuk mempunyai teman rapat (berlawanan jantina) yang boleh dijadikan tempat aku meluahkan segala apa yang terpendam di dalam diri ini. akan tetapi apabila difikirkan semula aku merasakan perkara tersebut cuma sia-sia dan tidak mendatangkan pahala dan faedah kepadaku malahan boleh membawa kepada kemurkaan ALLAH s.w.t. dan menghampiri kepada maksiat yang amat berat iaitu zina.

daripada aku duduk berkepit ke sana ke mari membazirkan wang dan masa tak tentu arah lebih baik aku duduk rumah tolong mak bapak aku tak pun luangkan masa bersama keluarga. lagi best. dapat jugak pahala. kalau boring sangat pun lagi best main PS2, habiskan semua game yang ada. lagi menguji!

aku percaya dan yakin bahawa ‘ setiap lelaki yang baik itu adalah untuk perempuan yang baik dan setiap perempuan yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik, serta setiap lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat dan setiap perempuan yang jahat itu adalah untuk lelaki yang jahat ‘.

oleh itu aku akan sentiasa berusaha untuk menjadi lelaki yang baik walaupun aku ni tak lah sebaik mana tetapi jiwa setiap insan itu boleh berubah kerana iman itu ada naik dan turunnya.

HaPpInEsS

October 14th, 2006

happiness can be defined as the yield of the desire and ability to sacrifice what we want now for what we want eventually

how do you see the world

October 14th, 2006

each of us tends to think we see things as they are, that we are objective. but it is not the case. we see the world as not as it is but as we are - or, we are conditioned to see it. when we open our mouth to describe what we see, we in effect describe ourselves, our perceptions, our paradigms.
when other people disagree with us, we immediately think something is wrong with them. but, as the demonstration shows, sincere, clearheaded people see things differently, each looking through the unique lense of experience.
the more aware we are of our basic paradigms, map, or assumptions, and the extentto which we have been influenced by our experience, the more we can take responsibility for those paradigms, examine them, test them against reality, listen to others and be open to their perceptions, thereby getting a larger picture and a far more objective view.

LoNeLiNeSs…

September 29th, 2006

have you ever feel lonely? when was that? why do you feel lonely?
i used to be lonely. i felt lonely when everybody around ignore and not realize my existence. at that time i feel sad and dejected. i’m always think why my life is always like this. it can’t be denied that i’m always do everything  alone  with nobody  at my side- no friends- just me. myself. but it’s not enough to be the reason they threw me away. luckily there was a few people really understanding me. it made my life meaningful.
thank you very much my invalueable friends…=)